Keluarga Abdul Kadir Yusof

Isterinya ialah Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim[2][sumber tak boleh dipercayai?], seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am.

Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Anak lelaki ketiga Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Anak lelaki kedua Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan Dekan Perubatan di Monash University Malaysia kini Pengerusi Thompson Hospital. Anak lelaki keempat bekas Pengurus Besar Bahajian Pengurus Perniagaan disebuah Firma di Jepun Toa Corporation, kini pengasas sebuah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pengkomesialan buluh di Malaysia. Anak bongsu Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.